Friday, July 31, 2015

PLC - Learning Walk

Star Q



PLC atau pun Professional Learning Community adalah satu instrument yang berguna sebagai medium untuk mendapatkan dan mengamalkan amalan baik dalam pengajaran guru-guru, sekiranya dapat dijalankan.

SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin turut menggembleng tenaga untuk melaksanakan PLC ini untuk memudahkan kerja guru-guru yang kita semua sedia maklum amat banyak sekali.  Sekiranya Lesson Study merupakan satu inisiatif yang amat sukar dijalankan kerana memerlukan masa guru yang banyak dari peringkat sebelum hingga selepas PLC, Learning Walk dilihat satu instrument yang lebih mudah dijalankan.

Ini telah dibuktikan bilamana SISC+ telah membantu menlaksanakan Learning Walk di dua buah sekolah pada awal bulan ini.  Sekolah pertama ialah SMK Gemas manakala sekolah yang kedua ialah SK Bukit Jalor.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...